Isnin, 16 Ogos 2010

APA ITU INTERNET

Apa Itu Internet?
Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.Komputer bukanlah internet, ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.
Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).

Isnin, 12 Julai 2010

PERCUTIAN KE GENTING HIGHLAND



Percutian yang menarik ini diadakan pada 10/7/2010 iaitu pada hari sabtu.lawatan tersebut hanya 1 hari
sahaja.bayarannya sebanyak 70 ringgit.walaupun bagi kami ia amat mahal, tetapi ia bebaloi!!!
bilangan pelajar yang pergi mungkin seramai 80 orang sahaja kut...campur sesi pagi dengan sesi petang.
kami perlu bertolak dari sekolah pada awal pagi iaitu pukul 6.30 pagi,cikgu cakap mungkin kami akan pulang ke rumah pada waktu malam.

saya berasa amat gembira,tetapi taklah excited sangat macam kawan saya tu...kalau nak tahu?
nama dia fatin najwa tapi nama gelaran dia wawa.bukan dia saje,,,ada lagi seorang ni org nye kecil2,org nye cantik.haaaa,nama dia Azlina.fatihah pulak tak sabar dengan bab-bab ambil gambar dia tuuu.


haaa saya nak cerita,,masa mula2 naik bas saya rasa loya pening lah macam2.maklumlah org tak pernah naik bas.Dahlah naik bas sekolah,kalau bas persiaran tu tak pe lah jugak!saya siap bawa minyak angin.waktu dlm bas,ada budak seorg ni,dia tiba2 sakit perut dlm bas.munkin dia pun tak pernah naik bas.haaa!!!
lepastu cikgu semua gabra.dalam bas tu jadi huru hara.kalau nak tahu cikgu pun berkaroke.sedap jugak suara cikgu tu .kalau nak tahu,orgnye biarlah rahsia...

pada jam 10 pagi,kami tiba di ladang strawberry.Kat sana suasananye nyaman,dingin dan taklah sejuk sangat.
Ye2 je kata sejuk tapi tak pun.ha sambung cerita,masa kat ladang straberry,kami beramai2 ambil gambar.
gambar paling cantik fatihah dan wawa.dorang nampak comel dan cute.Kat sana juga ada pemberian air straberry percuma tau.tapi kita dapat yang tak sejuk.

Seterusnye,barulah kitaorang gi kat genting.Kat sana ramai pelancong luar negara.lepastu kitaorang terus gi kat rumah salji.Pada jam 12.10 kami semua dibenarkan untuk masuk,sambil tu,dlm rumah salji tu,cikgu banyak ambil gambar.saya dan rakan yang lain main baling2 salji sesama sendiri.Kitaorang enjoy kat sana!!!
Saya rasa macam berada kat negara korea tau.

sesudah selesai main,cikgu membawa kami ke hotel untuk makan tengahari. di sana terdapat pelbagai hidangan yang enak2.contohnye,spegeti,nasi berlauk daging,udang dan banyak lagi lah.
sambil menjamu selera,kami juga boleh melihat pemandangan dari atas.sambil tu juga kami bergambar sama2.seronok!!!